• Duit Wang Adsense

Salam sejahtera.

Sudah lama saya kira tidak membuat rebiu berkenaan tajuk diatas.

Kali terakhir saya buat blog post mengenai rakan blogger ialah pada tahun lepas iaitu merujuk kepada blog ikram-zidane.

Entry ini saya sudah terfikir lama tetapi masa dan ruang kurang mengizinkan. Hari ini baru saya dapat mencuri ruang masa yang terhad untuk membuat sedikit rebiu pantas mengenai blogger ini.

AisyahRozi, itulah nama blogger dan juga seorang theme designer yang berbakat besar.
Seorang yang periang dan cukup detail dalam setiap pekerjaan yang di buat.

aisyahrozi

Aisyah Rozi mempunya blog peribadinya sendiri di www.aisyahrozi.com. Saya sempat bercerita tentang blog Aisyah pada awal tahun ini ketika saya mula-mula terserempak dengan blognya.

Selang beberapa minggu dari seperkenalan saya dengan Aisyah, dia telah pun melancarkan satu tema wordpress (theme) yang sangat menarik dan ceria yang diberi nama Simply Candylicious.

Saya sangat suka kepada rekabentuk tema dan warna yang digunakan.

Aisyah kini masih belajar di The One Academy mengambil jurusan rekabentuk Komunikasi (Communication Design).

Jika anda ingin mengenali lebih lanjut tentang Aisyah, anda boleh kunjung ke terataknya di http://aisyahrozi.com.

Comments 2 Comments »


Awal minggu ini saya ada membeli produk terbaru hasil tulisan En Munawar iaitu Pakej Jana Wang Adsense versi 2.0 (JWA).

jana wang adsense

Walaupun proses mendapatkan produk selepas pembayaran sedikit lewat tetapi penat menunggu dibayar lebih lumayan dengan ilmu yang saya dapat didalam Pakej JWA.

Sebab terlewat adalah disebabkan masalah teknikal dimana terlalu ramai yang membeli dan me-muaturun produk beliau menyebabkan server yang menempatkan website JWA menjadi sesak malah satu ketika ianya lumpuh sama sekali menyebabkan tidak dapat di akses.

Susulan perkara tersebut En. Munawar telah mengambil keputusan untuk menahan sebarang pembelian dan bertindak menyelesaikan pelanggan yang sudah membayar dahulu dengan memberikan pautan muaturun secara manual.

Perkarai ni adalah yang pertama kali saya jumpa sepanjang melibatkan diri dalam bisnes dan perniagaan internet. Tidak ada lagi Produk IM tempatan yang sebegitu hangat dipasaran semasa pelancaran. Syabas saya ucapkan pada En. Munawar.

Berbalik pada topik. Hari ini saya ingin membuat sedikit rebiu tarhadap produk Jana Wang Adsense 2.0.

Lengkap, Padat , Berkualiti.

Demikianlah ungkapan ringkas yang buleh saya katakan jika ada orang bertanya pendapat saya terhadap produk Jana Wang Adsense 2.0

Lengkap disini bermaksud merangkumi segala aspek pembelajaran bagi program Google Adsense Publisher. Dari peringkat asas analisis/mengenal pasaran, menyediakan platform (blog/website) dan seterusnya strategi pemasaran yang betul.

Padat pula digambarkan pada pengisian pembelajaran teratur langkah demi langkah di iringi ilustrasi dan bahasa yang mudah dipahami oleh semua peringkat umur matang dan tahap kemahiran teknikal.

Berkualiti pada bahan-bahan yang dibekalkan bersama-sama dengan Panduan JWA. Saya melihat teknik dan pendekatan yang di ajar adalah yang terbaik dan terkini.

Saya amat yakin pada produk ini dimana sesiapa yang membeli serta mengamalkan apa yang diajar didalam panduan ini mampu untuk menjana Wang Adsense.

Kenapa saya begitu yakin?
Ingat tak topik saya berkenaan 2 juta Page Impression kurang sebulan?
Ya, teknik yang saya guna pakai semasa mendapatkan trafik tinggi ada diceritakan didalam Pakej Panduan Adsense ini.

Jika anda masih belum yakin, stats berikut merupakan trafik tertinggi yang pernah saya dapat, dan 99% trafik tersebut datang hanya dari satu website sahaja.
wang adsense

Daripada trafik itu juga lah saya mendapat sejumlah Duit Adsense yang baik, iaitu $1274 usd bersamaan RM4000 ringgit.

Dan jika anda mendapatkan Pakej JWA 2.0 melalui www.DuitAdsense.com, anda akan dapat support khas dari saya berkenaan teknik trafik 1 juta page impression sehari.

Pada sesiapa yang masih tercari-cari formula menjana wang adsense seharusnya mengambil peluang ini.
Walaupun harga pakej ini sedikit premium iaitu RM100 tetapi saya yakin jika anda betul-betul mengamalkan panduan didalam nya sememangnya anda buleh dapat keuntungan berganda daripada nilai modal yang anda laburkan.

Tunggu dulu, saya ada tawaran untuk pada pembaca blog khairulazmi.com

Saya sudah menyediakan satu laman promosi khas www.DuitAdsense.com, dimana sesiapa yang membeli Pakej Jana Wang Adsense 2.0 melalui laman khas berkenaan akan saya berikan Bonus Super Istimewa :) . Nilai Bonus ini buleh mencecah Rm700 ringgit dan saya berikan percuma kepada anda pembaca istimewa.

Klik pada e-Box dibawah untuk pergi ke laman DuitAdsense.com :-

duit adsense

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)

Loading ... Loading …

Comments 8 Comments »

Belajar SEO dengan ebook terbaru daripada Norhafidz di TeknikSEO.com.

Siapa yang tidak mahukan blog atau website mereka berada di tangga teratas dalam carian Google.
Saingan inilah yang membuatkan Kemahiran SEO amat […] Baca Seterusnya…

Comments No Comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca KhairulAzmi.com,

Kecil-kecil cili padi. Satu perumpamaan yang secocok bila bercerita tentang pencapaian anak muda dari Team Flarebiz. Hari ini mereka telah pun melancarkan produk […] Baca Seterusnya…

Comments 1 Comment »

Semalam ramai webmaster terutamanya blogger sibuk memeriksa Google Page Rank(PR) website dan Blog mereka.

Ini kerana Google telah pun update Page Rank pada kebanyakan website dan Blog.

Google Page Rank ataupun […] Baca Seterusnya…

Comments 7 Comments »

  • Topik Popular