Awal minggu ini saya ada membeli produk terbaru hasil tulisan En Munawar iaitu Pakej Jana Wang Adsense versi 2.0 (JWA).

Walaupun proses mendapatkan produk selepas pembayaran sedikit lewat tetapi penat menunggu dibayar lebih lumayan dengan ilmu yang saya dapat didalam Pakej JWA.
Sebab terlewat adalah disebabkan masalah teknikal dimana terlalu ramai yang membeli dan me-muaturun produk beliau menyebabkan server yang menempatkan website JWA menjadi sesak malah satu ketika ianya lumpuh sama sekali menyebabkan tidak dapat di akses.
Susulan perkara tersebut En. Munawar telah mengambil keputusan untuk menahan sebarang pembelian dan bertindak menyelesaikan pelanggan yang sudah membayar dahulu dengan memberikan pautan muaturun secara manual.
Perkarai ni adalah yang pertama kali saya jumpa sepanjang melibatkan diri dalam bisnes dan perniagaan internet. Tidak ada lagi Produk IM tempatan yang sebegitu hangat dipasaran semasa pelancaran. Syabas saya ucapkan pada En. Munawar.
Berbalik pada topik. Hari ini saya ingin membuat sedikit rebiu tarhadap produk Jana Wang Adsense 2.0.
Lengkap, Padat , Berkualiti.
Demikianlah ungkapan ringkas yang buleh saya katakan jika ada orang bertanya pendapat saya terhadap produk Jana Wang Adsense 2.0
Lengkap disini bermaksud merangkumi segala aspek pembelajaran bagi program Google Adsense Publisher. Dari peringkat asas analisis/mengenal pasaran, menyediakan platform (blog/website) dan seterusnya strategi pemasaran yang betul.
Padat pula digambarkan pada pengisian pembelajaran teratur langkah demi langkah di iringi ilustrasi dan bahasa yang mudah dipahami oleh semua peringkat umur matang dan tahap kemahiran teknikal.
Berkualiti pada bahan-bahan yang dibekalkan bersama-sama dengan Panduan JWA. Saya melihat teknik dan pendekatan yang di ajar adalah yang terbaik dan terkini.
Saya amat yakin pada produk ini dimana sesiapa yang membeli serta mengamalkan apa yang diajar didalam panduan ini mampu untuk menjana Wang Adsense.
Kenapa saya begitu yakin?
Ingat tak topik saya berkenaan 2 juta Page Impression kurang sebulan?
Ya, teknik yang saya guna pakai semasa mendapatkan trafik tinggi ada diceritakan didalam Pakej Panduan Adsense ini.
Jika anda masih belum yakin, stats berikut merupakan trafik tertinggi yang pernah saya dapat, dan 99% trafik tersebut datang hanya dari satu website sahaja.

Daripada trafik itu juga lah saya mendapat sejumlah Duit Adsense yang baik, iaitu $1274 usd bersamaan RM4000 ringgit.
Dan jika anda mendapatkan Pakej JWA 2.0 melalui www.DuitAdsense.com, anda akan dapat support khas dari saya berkenaan teknik trafik 1 juta page impression sehari.
Pada sesiapa yang masih tercari-cari formula menjana wang adsense seharusnya mengambil peluang ini.
Walaupun harga pakej ini sedikit premium iaitu RM100 tetapi saya yakin jika anda betul-betul mengamalkan panduan didalam nya sememangnya anda buleh dapat keuntungan berganda daripada nilai modal yang anda laburkan.
Tunggu dulu, saya ada tawaran untuk pada pembaca blog khairulazmi.com
Saya sudah menyediakan satu laman promosi khas www.DuitAdsense.com, dimana sesiapa yang membeli Pakej Jana Wang Adsense 2.0 melalui laman khas berkenaan akan saya berikan Bonus Super Istimewa
. Nilai Bonus ini buleh mencecah Rm700 ringgit dan saya berikan percuma kepada anda pembaca istimewa.
Klik pada e-Box dibawah untuk pergi ke laman DuitAdsense.com :-






June 4th, 2008 at 4:02 pm
Review Pakej Jana Wang Adsense 2.0 En Munawar | Khairulazmi…
Daripada trafik itu juga lah saya mendapat sejumlah Duit Adsense yang baik, iaitu $1274 usd bersamaan RM4000 ringgit….
June 5th, 2008 at 12:46 pm
salam ukhwah…bro lawat blog saya dan tinggalkan komen kat email saya…thanx…
June 7th, 2008 at 4:00 am
teknik ni sama mcm teknik f2r ringgit hit ke???
June 7th, 2008 at 8:34 am
balootisme,
saya antara orang terawal beli produk f2r ringgit hit dan apa yang buleh saya cakap pakej JWA 2.0 adalah berkali ganda jauh lebih baik.
Ini kerana pakej f2r hanya tertumpu pada satu bentuk promosi internet iaitu PPC marketing dari Yahoo dan bagaimana membuat niche website statik menggunakan s/w.
Tetapi di JWA (www.DuitAdsense.com) anda buleh belajar bagaimana cara hendak mencari niche market, ini tidak terhad pada hpk, sebaliknya mencari pasaran yang high demand dan low supply.
Dan juga diajar perbagai teknik pemasaran yang saya rasa terbaik dan terlengkap dalam satu pakej.
June 7th, 2008 at 3:36 pm
hmmm… takde yang free ker…?
June 8th, 2008 at 1:14 am
Hi ipsian,
Nak percuma?
ada ni ambil kat sini untuk download free version : http://www.khairulazmi.com/freeware/6modulpercuma.zip
July 9th, 2008 at 8:04 am
salam…
owh saudare org yg terwal beli JWA ni ye…
sy baru je beli….harap2 boleh aplikasikan teknik yg diajar..
tgh tunggu sadare Munawar update ni…
July 9th, 2008 at 11:11 pm
Pendapatan memberangsangkan !… laa nii… brapa lak ?
August 31st, 2008 at 9:44 pm
huhu. berminat untuk mendapatkannya.
September 16th, 2008 at 12:09 pm
Salam..saya masih ragu-ragu, lagipun rm100 terlalu besar ertinya kepada saya. Tapi kalau benar ianya boleh membantu dan boleh memberikan sedikit hasil dan pulangan, saya pasti mendapatkannya.
September 17th, 2008 at 4:15 am
Muzri,
macam mana progress?
kalau ada kemuskilan atau pertanyaan bleh bincang sesama di forum jwa.
AbuSy,
thanks. sekarang ni income moderate, tapi masih boleh maintain.
bantingboy,
kalau minat bleh dpatkan pakej bonus JWA di http://www.duitadsense.com
Akoo,
dalam bisnes ni kita memang perlu ambil risiko. kalau takut2 kita mula dengan risiko yang minima. kalau rm100 terlalu besar, jangan ambil. buat yang termampu.
tingkatkan prestasi sikit demi sedikit nnt bila dah konfiden baru bleh mengorak ke model yang lebih besar.
Saya juga mula dengan kecil2, tapi sekarang alhamdulillah, boleh lah berdiri ditapak kaki sendiri dalam arena bisnes internet ni. tapi ada masa kita masih perlu bantuan rakan2 sekeliling dalam menjadikan bisnes internet ni satu realiti
September 23rd, 2008 at 5:10 am
Saya dah beli dan inilah ebook tentang Adsense yang paling lengkap pernah saya beli malah kalau punatak berminat bergiat dalam Adsense,gunakan saja bonus yang ada dalam pakej ebook tuh
macam high PR blog untuk buat backlink atau masuk forum melalui ebook fourm yang ada dalam pakej nih…..
October 18th, 2008 at 6:26 am
Pergh… banyak tu beb…. lebih RM4k tue…. hehehe… bila la gua nak dapat plak banyak tue…
Gua maintain tiga digit sebulan jer… hehehe
November 7th, 2008 at 8:49 am
banyak sangat dah join bisnes kat internet, takde satu pun behasil… tapi rasanya adsense ni boleh percaya sbb baca komen org yg berjaya bukan testimoni yang boleh dibuat2… saya dah buat 3 blog, bermula dari kosong dengan bantuan pakej free en munawar.. hasil mmg la kosong lagi tapi boleh nampak la yang adsense ni lain dari bisnes dulu yang saya ikut.. rm100 bnyak ooooo, tunggu bonus bulan 12 ni takut terlewat betul pulak.. tapi tak boleh buat apa tunggu je la bonus…
November 7th, 2008 at 4:19 pm
cencuru,
syukur lah mana rezeki yang ada..
harapnya kita semua sentiasa dimurahkan rezeki selalu tak gitu?
carlos3336,
tunggu bonus? boleh je..takde masalah..yang penting niat dan kesungguhan tu nak kena ada. lepas dapat ilmu terus aplikasi dan usaha tanpa rasa jemu.
Itulah salah satu formula untuk kita semua berjaya.
November 19th, 2008 at 8:51 am
bro,
kalau beli dari blog ni dapat lebih e-book bonus kan.. en munawar ok tak, tak salah ker..
November 19th, 2008 at 3:15 pm
carlos,
awak boleh lihat di http://www.duitadsense.com
dan saya merupakan affiliates JWA2.0 yang sah.
carlos boleh tanya sendiri dengan en munawar jika ingin mendapatkan kepastian yang lebih.
tq